Tuesday, April 28, 2009

PUISI UNTUK HAYATI


SIAPA HAYATI?
RAHSIA ENGKAU, AKU DAN SEMUA...

RAHSIA MU,
GURINDAM PUISIKU,
MENYEDARKAN HATI-HATI YANG CINTA TAPI TAK SETIA...

RAHSIA MU,
MEMBINA JAMBATAN KASIH RINDU,
BERPANJANGAN DAN BERLARUT..

ANTARA KASIH DAN BENCI..

Sunday, April 26, 2009

PEREMPUAN SIMPANAN

Membaca lagi,
Kali ini buku tentang sesuatu & seseorang,
Kali ini,
Mugkin aku akan lebih mengerti kepada pengistilahan Perempuan Simpanan.

Saturday, April 25, 2009

THE ART OF BUTOH



BACA TAJUK...

Apa perasaan anda dan apa pula intepertasi awal anda terhadap artikel yang bakal anda baca ini?

Jawapan saya selepas ini perlu dibaca dengan hati-hati dan teliti.

Rakan-rakan di Indonesia udah biasa denga perkataan ini. Butoh sering digunakan dalam bahasa gaul ( bahasa pasar) mereka sehari-harian. Dan mereka juga udah biasa dengan perkataan Butoh apabila ada seni disebalik kata istimewa ini.

Berpijak di bumi Malaysia, perkataan Butoh membawa maksud yang berbeza. Pengucap perkataan ini mungkin dikira sebagai kurang ajar, tidak bermoral, sedang dalam keadaan marah dan bercakap untuk menghina.

Dari mana datangnya perkataan ini? Siapa yang mula-mula membawa masuk kata ini dalam kamus pasar rakyat Malaysia dan sering diguna bagi melambangkan rasa marah, kecewa dan derhaka? Persoalan ini sendiri bukan dalam bidang kuasa saya menjelaskan dan memberi jawapan kepada yang mungkin bertanya.

Saya akan cuba membawa anda yang membaca kepada satu daerah yang luar dari kotak kotor perkataan Butoh ini kepada suatu oasis yang menyegarkan agar kita berpandangan berbeza dan lebih bersifat terbuka. Kemudian saya akan berikan satu hipotisis dan satu teori yang mungkin ada persamaan terhadap penggunaaan bahasa atau kata ini di Malaysia.

The art of BUTOH sebenarnya berasal dari Jepun. (Sila klik disini untuk kepastian) Samada perkataan ini dibawa oleh orang Jepun ke Tanah Melayu semasa menjajah,tidak pula saya ketahui. Yang menarik adalah BUTOH adalah seni teater atau persembahan yang dilahirkan oleh pemuda Jepun yang kecewa dengan kerajaan dan perubahan sosial pada masa itu. Kerana terlalu kecewa dengan nilai dan suasana Jepun pada waktu itu, maka BUTOH dilahirkan. Gerak tari dan entiti persembahan semuanya menunjukkan provokasi, rasa tidak setuju dan kemarahan serta kekecewaan.

Seni persembahan ini amat popular di serata dunia. Ia dipentaskan dibanyak negara secara rasmi dan tidak rasmi. Ada yang berteater di jalanan dan ada juga yang dipentaskan. Objektif yang sama dan seni tari, gerak persembahan juga sama.

Di Indonesia, seni ini sering mendapat tempat di hati masyarakat. Yang pasti penjajahan Jepun yang telah membawa masuk nilai seni ini ke Indonesia. Namun di Malaysia seni ini sepanjang saya bernyawa tidak pernah pula kedengaran ingin dan akan dipentaskan. Mungkin kerana tajuk yang sangat provokatif dan lucah bagi masyarakat di Malaysia. Ketawa sediri.

APA YANG SAMA TENTANG BUTOH DI MALAYSIA DAN SENI DARI JEPUN INI?

Nilai dan sifatnya. SANGAT PROVOKATIF. Di Malaysia, bahasa ini boleh mencetuskan huru-hara. Tak percaya, ucapkan perkataan BUTOH kepada Makcik Limah penjual nasi lemak di tepi jalan. Anda akan dikejar dan dibaling dengan nasi lemak yang ingin dijualnya. Di Jepun, ia tari seni yang menunjukkan sifat marah dan provokatif dengan harapan perubahan untuk berlaku. Di Indonesia pula, ia bahasa gaul yang tidak membawa sebarang maksud untuk mengutuk dan mencemar keperibadian. Yang sama antara ketiga-tiga negara ini ialah Jepun penjajah dan 2 negara Asia Tenggara ini adalah bekas negara yang di jajah oleh Jepun.

Kira-kira, kalau dibawa masuk seni ini ke Malaysia dengan tajuk THE ART OF BUTOH, pasti semua melompat. Yang ingin tahu berlumba-lumba membeli tiket dan yang tak tahu dan tak membaca blog saya ini akan bertindak sebagi wira hutan yang tiada informasi dan terus tanpa soal siasat untuk "ban" ia daripada berlangsung.

Saya tidak risau kerana the art of BUTOH ada dimana-mana sahaja. Bergerak dan menghuni dunia.

Tuesday, April 21, 2009

BUKU SEDANG DALAM PEMBACAAN 1

BACA DAN BUAT PENILAIAN.

S.E.X



Anak muda di wakafan ini nampaknya berminat benar dengan nilai-nilai seksualiti. Yang tahu mahu ingin lebih tahu, gemar memberitahu teman-teman tentang dapatan-dapatan baru setiap hari berkaitan seks dan yang tak tahu mungkin si dewasa akan menjadi mangsa pertanyaan ingin tahu mereka.

Yang dewasa pula mungkin terbuka mindanya untuk berbincang dan berkongsi pengalaman. Ada juga yang mungkin terus menolak dan tidak mahu terus berbincang atas sebab malu atau sebab-sebab lain. Apa jua alasannya saya berpadangan berlainan.

Perbincangan tetang seks suatu masa dahulu menjadi sesuatu yang ''taboo" kepada masyarakat di Malaysia. Mungkin masyarakat beranggapan bahawa seseorag itu harus menanti ke tahap kedewasaan tertentu terlebih dahulu utuk bercakap dan berbincang tetang seks. Orang-orang dewasa atau orang-orang tua sahaja yang layak berbicara dan berbincang tentang hal ini. Kemudian diselangi hilai tawa mereka yang kadangkala keputusan mempersenda dan berjenaka.

Namun kini dunia berubah, pelajar tahun 2 sekolah rendah pun pernah merakam aski bersenggama mereka dan gempar satu nasional. Bukan lagi bertanya dan bersoal jawab tentang apa itu seks, anak muda kini telah berani mencuba dan merasai sebelum mengintepertasi apa itu seks. Lebih mudah agaknya faham.

Kita ada 2 golongan atau lebih di Malaysia yang agak aneh yang tidak sesuai dengan usia dan keremajaan. Pertama golongan tua tapi berfikiran muda dan kedua adalah gologan muda yang berfikira tua. Semua antara kita beranggapan bahawa masalah sosial yang menimbulkan kekacauan kepada dunia indah muda remaja yang penuh idelisme ini berpunca dari barat. Tapi barat sebelah mana? Negara mana dan daerah mana? Saya kurang setuju dengan tanggapan ini. Bukan saya pro mana-mana blok atau peminat setia sesebuah kerajaan dunia, namun tanggapan ini boleh disangkal.

Majalah playboykah yang terlebih dahulu menulis dan memaparkan aksi-aksi dalam kelambu? Ikuti sejarah India yag telah mengeluarkan manual yang ditulis bersama gambar bertajuk KAMASUTRA. Sehigga kini manual itu digunapakai oleh doktor cinta utuk mengatasi masalah intimisi ramai pesakit. Saya bersimpati kepada "Barat" apabila orang Malaysia melabel mereka sebegitu rupa.

Apapun alasannya, bagi saya ini nilai. Nilai boleh berubah-ubah dan tanggapan terhadap sesuatu perkara juga berubah-ubah mengikut pandangan dan pengalaman seseorang. Tak wajar kita label anak didik kita yang ingin tahu sebagai GILA SEKS atau GEDIK jika dia ingin tahu apa itu "Sperma" dan "where did baby come from". Berbalik kepada kita sebenarnya. Membaca dan berbahasa. Kombinasi ini adalah menu palig sesuai utu mengatasi masalah-masalah seperti pertanyaa ini.

Bertamu di bumi Mercury

Dia bersurah lagi.

"Mengapa kau yang dijemput bercakap tentang ekonomi? Layakkah kau yang dipanggil untuk bercakap dan diwawancara agar tutur kata mu didengar oleh semua? Kerana suara mu hanya layak didengar oleh anak didik kecik di sekolah."

Aku tersenyum sinis lalu menjawab dengan wajah penuh bersungguh.

"Apa salahnya kalau ilmu ada sedikit di dada. Kenapa perlu pertikai pengalaman dan kelayakan untuk berbincang tentang ekonomi. Bagi saya ini ucapan yang di rakam. Samada mahu di dengar atau di kritik sekerasnya, itu terserah dan terpulang bagi semua yang ada. Selagi bersuara dan beridealisma, nyatakan pandangan selagi ada."


Memberi perkhidmatan sebagai seorang guru dalam dunia pendidikan bagaikan seperti bertempur di medan perang. Senjatanya suara dan pelurunya adalah ilmu di dada. Bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai pendidik. Kerana ilmu menjadi taruhan setiap kali hadir ke medan tempur perang terbuka ini. Guru harus seiring dengan kelahiran teknologi baru dan kemampuan daya fikir masyarakat kini yang semakin lama semakin hilang nilai-nilai positif serta terselit sikap hedonisma dalam diri dan setiap tutur kata. Guru perlu tegar, bersedia dan sentiasa berjaga-jaga. Kerana setiap saat dan ketika, tanpa mengira masa dan kondisi apa sahaja, guru akan ditanya dan diuji sejauh mana ampuh dan tepu ilmu di dada. Sebab itu bagi saya, adalah sangat tidak wajar jika perkhidmatan perorangan yang murni serta ikhlas ini disalaherti dan dipandang sinis oleh semua lapisan masyarakat. Guru jugak layak berbicara kerana kita punya ilmu dan kita percaya.

Monday, April 20, 2009

TERIMA KASIH


Terima kasih kepada kerana anda telah berjaya :

1) Diperiksa oleh doktor pakar dan disahkan menghidapi penyakit paru-paru.
2) Sedar tentang bahaya merokok.
3) Berusaha untuk berhenti merokok kerana pelbagai sebab dan anataranya kerana ingin kawin dan berkeluarga.
4) Bangga menjadi perokok tegar dan tanpa segan silu membeli dan menghisap rokok walaupun anada baru 15 tahun.
5) Ditangkap oleh guru disiplin kerana mengkretek di dalam tandas.
6) Melihat dengan mata kepala sendiri saya juga merokok.