Sunday, April 19, 2009

H.O.S




Dunia nusantara telah melihatkan jatuh bangun warga bangsa ini dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Namun dari masa ke semasa ia terus bangun dan maju sealiran dengan peredaran zaman yang kian moden lagi canggih ini.

Aku ke Sunway Pyramid bersama teman rapat menanti seorang lagi teman rapat yang tidak kunjung tiba. Entah bagaimana kebosanan pada waktu itu menerjah terus sehingga kami berlegar-legar tanpa haluan. Mungkin kerana kami punya citarasa beda atau keduanya lelaki yang memerlukan wanita.

Perjanjian dengan Along rupanya tidak kesampaian. Along terpaksa menghantar makcik yang sakit keretanya. Aku mencadangkan agar punggung dilabuhkan di medan minum Starbucks. Setuju lalu bergegas turun menyatakan hasrat minum resipi baru hari itu.

Dari jauh 15 minit yang lalu aku lihat anak didik jalan bersendirian. tak mungkin aku tersilap kerana bentuk tubuhnya yang 2 kali gandaku itu jelas kelihatan walau dalam ramai masyarakat yang bertamu di situ.

Duduk lalu menghisap straw. Lega bila ais hancur cair terus dalam tekak. Basah dan berselera. Aku hisap lagi straw itu untuk meningkatkan kepuasan ditahap maksimum.

Ada yang tertinggal rasa-rasaku. Kretek yang aku beli semalam bersama "Bos" tatkala berkunjung ke gimnasium ganas. Aku ambil sebatang dan menyalakan api lalu menikmati nilai wang ringgit terbakar yang dilambangkan dengan kretek Dunhill merah 14. Nikmat waktu bosan dan stress menjengah jiwa yang pada waku itu juga terfikir tentang masalah kredit dan wang yang semakin mengecil jumlahnya.

Rupanya ada yang kenal aku disitu. Mereka mungkin perasan aku juga pengguna kretek. Namun aku pasti mereka juga menggunakannya pada masa itu. Aku kaget sebentar namun inilah hukum alam dan dunia muda mereka yang sedang dilalui. Dengan buku SPM diatas meja dan i-phone baru yang mereka godam, di tangan mereka ada kretek warna putih dan asap dihembus berulang kali tanda yakin mereka sudah mencapai usia remaja.

1 comment:

  1. Teacher, visha here from P6- Venus i just visited your website now i really believe you dat u r not smoking ? from here i get your mail can i send you a mail next time ! if you want to send me a reply just send 2 vishaalini2797@gmail.com

    ReplyDelete