Tuesday, April 21, 2009

Bertamu di bumi Mercury

Dia bersurah lagi.

"Mengapa kau yang dijemput bercakap tentang ekonomi? Layakkah kau yang dipanggil untuk bercakap dan diwawancara agar tutur kata mu didengar oleh semua? Kerana suara mu hanya layak didengar oleh anak didik kecik di sekolah."

Aku tersenyum sinis lalu menjawab dengan wajah penuh bersungguh.

"Apa salahnya kalau ilmu ada sedikit di dada. Kenapa perlu pertikai pengalaman dan kelayakan untuk berbincang tentang ekonomi. Bagi saya ini ucapan yang di rakam. Samada mahu di dengar atau di kritik sekerasnya, itu terserah dan terpulang bagi semua yang ada. Selagi bersuara dan beridealisma, nyatakan pandangan selagi ada."


Memberi perkhidmatan sebagai seorang guru dalam dunia pendidikan bagaikan seperti bertempur di medan perang. Senjatanya suara dan pelurunya adalah ilmu di dada. Bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai pendidik. Kerana ilmu menjadi taruhan setiap kali hadir ke medan tempur perang terbuka ini. Guru harus seiring dengan kelahiran teknologi baru dan kemampuan daya fikir masyarakat kini yang semakin lama semakin hilang nilai-nilai positif serta terselit sikap hedonisma dalam diri dan setiap tutur kata. Guru perlu tegar, bersedia dan sentiasa berjaga-jaga. Kerana setiap saat dan ketika, tanpa mengira masa dan kondisi apa sahaja, guru akan ditanya dan diuji sejauh mana ampuh dan tepu ilmu di dada. Sebab itu bagi saya, adalah sangat tidak wajar jika perkhidmatan perorangan yang murni serta ikhlas ini disalaherti dan dipandang sinis oleh semua lapisan masyarakat. Guru jugak layak berbicara kerana kita punya ilmu dan kita percaya.

No comments:

Post a Comment